Jenayah

Operasi Khas Bongkar Kegiatan Pelacuran

KOTA KINABALU: Kegiatan pelacuran berselindung di premis pusat urut serta hotel dan bilik sewa, terbongkar dalam dua serbuan Operasi Khas Pembanterasan Elemen Pelacuran di sekitar bandar raya ini, Selasa lalu.

Serbuan jam 9 malam dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, berjaya menahan 10 wanita serta dua lelaki disyaki pelacur dan penjaga premis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata operasi itu membabitkan dua sasaran dikenal pasti aktif menjalankan aktiviti pelacuran.

“Serbuan pertama di sebuah premis pusat urut atau refleksologi yang tidak memiliki lesen perniagaan di Bandaran Berjaya. Hasil serbuan menahan tiga wanita tempatan sebagai pekerja dan seorang lelaki disyaki penjaga premis.

“Selain itu, polis merampas satu alat menyerupai kemaluan lelaki,” katanya di sini, semalam.

Chandra berkata, serbuan kedua di sebuah hotel dan bilik sewa di kawasan apartmen Api-Api Centre disyaki berlaku aktiviti pelacuran oleh wanita tempatan serta warga asing.

“Hasil serbuan itu, polis menahan enam wanita, termasuk tiga rakyat tempatan, dan masing-masing seorang lelaki tempatan serta wanita warga Filipina disyaki penjaga dan perancang kegiatan pelacuran berkenaan.

“Polis juga menahan empat lelaki disyaki positif dadah dan merampas beberapa kondom serta lapan telefon bimbit,” katanya.

Chandra berkata, semua tangkapan berusia 16 hingga 40 tahun bersama barang rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 373 KK, Seksyen 372A KK dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");