Perak Hari Ini

Orang Ramai Diminta Beri Maklum Balas, Idea Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040

IPOH:Orang ramai khususnya rakyat Negeri Perak diminta memberikan maklum balas, pandangan konstruktif bernas berkaitan draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040, mulai 13 Mac hingga 11 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkongsian idea yang baik boleh membantu menguatkan lagi perancangan yang telah dirangka serta boleh dipertimbangkan kelak.

“Negeri Perak telah melancarkan draf plan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 serta program publisti dan pendengaram awam draf rancangan tersebut untuk mendapatkan pandangan orang awam serta input daripada pelbagai pihak dalam usaha membangunkan negeri Perak di tahun 2040.

“Usaha ini bagi memacu negeri Perak pada masa akan datang meliputi segenap aspek bukan semata pembangunan ekonomi tetapi juga aspek pertubuhan pendudukan, pekerjaan,perumahan dan keseluruhanya,” katanya dalam satu sidang media pada Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah PLAN Malaysia, Rokibah Abdul Latif dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Kata Zambry, plan draf pembangunan berkenaan akan memberikan persepktif baru dalam membangunkan negeri ini selain meningkatkan pertumbuhan meliputi segala aspek dalam negeri Perak termasuk ekonomi, penduduk, sosial dan sebagainya.

“Kita mesti membuat perancangan ini bagi memastikan pertumbuhan dan pembangunan negeri sentiasa mengikut seperti yang dirancang dan perhatian diberikan selama ini terhadap konsep pembangunan mampan dapat diterjemahkan dalam draf pembangunan.

“Pihak Plan Malaysia telah melakukan beberapa siri perbincangan serta membuat kajian terperinci berdasarkan maklum balas daripada semua pihak namun ia perlu melalui peroses pendengaran awam iaitu idea yang datangnya daripada semua pihak.

“Saya menyeru rakyat memberikan pandangan konstruktif, bernas dalam usaha memacu negeri Perak di masa akan datang dengan meliputi segenap aspek,” katanya.

Katanya perancangan yang telah dirangka tidak akan kekal begitu tetapi mengalami perubahan mengikut semakan serta kajian semula dari satu tahap ke satu tahap dan mengambil kira kesesuaian masanya.

“Bayangkan sebuah negeri atau negara tidak mempunyai perancangan masa kini dan masa depan apa yang akan berlaku kepada negeri dan negara dan bagi Perak kita telah melakukan pelbagai perancangan,” katanya.

Terdahulu matlamat pembangunan Negeri Perak dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perak 2040 adalah Pembangunan Inklusif ‘Berdaya Huni, Berkualiti dan Sejahtera’ dengan menjadikan Perak sebagai negeri berpendapatan Berkualiti 20240 dan diterjemahkan dalam empat teras pembangunan iaitu pemeliharaan persekitaran mampan dan komuniti sejahtera, teras 2: peningkatan nilai tambah dan produktivi berasaskan sumber tempatan dan semulajadi,teras 3: penyediaan kemudahsampaian tinggi & infrastruktur cekap dan teras 4: memartabatkan khazanah semula jadi dan warisan Negeri Perak.

Pembangunan eknonomi dan fizikal Negeri Perak melalui pembangunan empat wilayah pertumbuhan bersepadu iaitu 1: Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah dan Kuala Kangsar sebagai Wilayah Metropolitan Lembah Kinta, kedua: Daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sebagai Wilayah Perak Selatan (WPS), ketiga: Daerah Kerian, Larut Matang dan Selama sebagai Wilayah Perak Utara (WPU) dan keempat: Daerah Hulu Perak sebagai Wilayah Hulu Perak (WHP).

Orang ramai boleh memberikan sebarang maklum balas dan idea terhadap dasar perancangan dan strategi pelaksanaan DRSN Perak 2040 melalui porgram publisiti dan penyertaan awam DRSN Perak 2040 yang akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga 11 April ini di semua 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan di Pejabat PLANMalaysia@ Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");