Isu Panas

Pakatan Dah Ada Mahathir, Anwar Dianggap Macam Sampah, Kata Penganalisis

Mengikut perjanjian asal, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangkakan menyertai politik selepas mendapat pengampunan diraja dalam tempoh enam bulan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Untuk sementara menanti penyertaan Anwar kembali ke arena politik, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Walaubagaimanapun, Dr Mahathir baru-baru ini mengakui bahawa tempoh untuk mendapatkan pengampunan diraja akan memakan masa selama dua hingga tiga tahun, bukannya dalam tempoh enam bulan seperti dicanangkan sebelum ini.

Penganalisis politik Dr Norvandri Hassan Basri berkata, kenyataan oleh Dr Mahathir sekaligus telah melanggar perjanjian antara PKR dan Pakatan Harapan untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

“Sebelum ini pun, Mahathir berulangkali berkata akan letak jawatan tetapi beliau menjadi PM selama 22 tahun, satu tempoh yang turut memperbodohkan janji manifesto Pakatan Harapan yang kononnya mahu menghad tempoh jawatan PM.

“Masih percaya lagi?” soalnya dipetik kenyataan diblog beliau, Dr MiM.

Apa yang lebih memalukan kata Dr Norvandri, isteri dan anak Anwar – Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar – yang merupakan Presiden dan Naib Presiden PKR langsung tidak mempertahankan janji yang disebutkan oleh Dr Mahathir sebelum ini untuk segera menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Suami dan bapa kamu diketepikan begitu sahaja oleh individu yang telah memalukan seluruh keturunan kamu dan Anwar! Apa sudah jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah?

“Malah, tiada respons daripada Lim Kit Siang, kroninya Lim Guan Eng dan parti DAP”.

Merujuk kepada rakan Pakatan Harapan lain, Dr Norvandri berkata, tiada satupun pemimpin pakatan yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas membentuk kerajaan.

“Pada saat ini, Anwar dianggap sampah yang sudah tidak berguna oleh PKR partinya sendiri, DAP dan rakan-rakannya.

“Tahniah kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR yang selama ini kukuh bersama Anwar Ibrahim. Anda semua sudah ditipu bulat-bulat,” katanya lagi.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");