Isu Panas

Pakatan Harapan Lancar Manifesto PRU14

SHAH ALAM – Manifesto pakatan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-14 yang dilancarkan di sini malam ini, menggariskan lima teras merangkumi 60 janji mereka sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Lima teras itu ialah meringankan bebanan kehidupan rakyat; mereformasi institusi pentadbiran politik; merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama; mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963; dan membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

Manifesto bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ yang dilancarkan secara bersama oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menggariskan lima iltizam untuk warga Felda, masyarakat kaum India, golongan wanita, anak muda dan warga emas.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");