Berita Hari Ini

Panama Dance: Ia Hanya Suka-Suka

PERUNDING kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri berkata tarian Panama ialah satu bentuk pergerakan ‘suka-suka’ yang mempunyai unsur senaman.

“Mereka melakukan pergerakan beramai-ramai kerana ia menyeronokkan dan jika tidak mendatangkan keburukan bagi saya, tiada masalah.

“Sekiranya tarian ini menggalakkan orang ramai bersenam dan juga memberi kebaikan kepada mereka kenapa tidak?,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau berkata, peserta programnya Jom Kurus turut menonton video tersebut dan mereka terhibur dan daripada segi kesihatan ia dapat menghilangkan stres.

“Tarian itu mempunyai gerakan fizikal dan rentak. Ia adalah satu tarian pergerakan pendek. Majoriti melakukan tarian itu hanya untuk suka-suka dan bukannya untuk senaman.

“Lebih baik habiskan tenaga kepada tarian Panama daripada salurkan tenaga kepada makanan menggemukkan,” katanya.

Fenomena tarian Panama atau Panama Dance mula tular di media sosial apabila orang ramai menyahut cabaran #PanamaDanceChallenge dengan merakam aksi tarian itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");