Isu Panas

Pas Kelantan Tidak Tercabar Dengan PH

KUALA NERUS: Pas tidak melihat kehadiran Pakatan Harapan (PH) di Kelantan sebagai cabaran besar dalam menghadapi PRU14 memandang parti itu mempunyai penyokong tersendiri selain kemantapan jentera parti yang kukuh.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sehingga kini isu calon dan pengagihan kerusi dalam kalangan parti gabungan itu yang ingin bertanding juga masih belum selesai.

“Sekarang ini di Kelantan mereka tidak selesai lagi (pengagihan kerusi) antara Amanah, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). DAP yang tidak ada cawangan pun hendak bertanding.

“Di kawasan saya sendiri di Kota Bharu, DAP pun nak..PPBM pun nak, Amanah pun nak.

“Jadi, kita rasa mereka (PH) belum selesai..jadi apabila tidak selesai dalam keadaan pilihan raya yang dijangka bila-bila masa dari sekarang, saya tidak nampak satu cabaran besar (kepada Pas),”katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik selesai menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-58 Pas Kawasan Kuala Nerus di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) Batu Enam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang DiPertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M. Shukrimun Shamsuddin, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Terengganu, Dr Alias Razak dan kepimpinan peringkat kawasan yang lain.

Jelas Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi, beliau tidak melihat parti gabungan itu mempunyai ruang untuk mempersoal kewibawaan kerajaan dan kemantapan jentera Pas di Kelantan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");