Isu Panas

Pas Selangor Tidak Laksana Baiah Talak Tiga

SHAH ALAM – Pas Selangor tidak melaksanakan lafaz cerai talak tiga dalam sumpah baiah yang melibatkan calon mereka pada PRU14.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi bagaimanapun berkata, calon Pas negeri ini masih diwajibkan melafazkan sumpah baiah biasa sepertimana sebelum ini.

“Kita tak akan gunakan baiah talak tiga, bahkan saya percaya Kelantan pun akan datang tidak menggunakannya lagi,” katanya ketika ditemu bual secara langsung di Facebook Sinar Harian semalam.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, sebenarnya tiada yang lebih tinggi untuk menjaga ahli Pas melainkan baiah.

“Baiah ini satu perjanjian lafaz taat setia bukan antara calon itu dengan Pas, tetapi dengan ALLAH S.W.T,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau menegaskan, soal sama ada calon itu ingin keluar daripada Pas terpulang kepada mereka, malah Pas tidak sedikit pun rugi.

“Apa pun dia mengatakan baiah dengan Pakatan, itu terpulang pada mereka.

“Kita pada dasarnya tidak merasa rugi jika mereka keluar. Kita akan meneruskan baiah sebab itu satu cara untuk memastikan calon kita meneruskan taat setia kepada Pas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");