Jenayah

PDRM Kenal Pasti Individu Sebar Fahaman Keganasan Di Media Sosial

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sebahagian daripada 3,871 pemilik akaun Facebook yang dipercayai aktif menyebarkan ideologi berunsur keganasan dan merekrut anggota melalui media sosial.

Tanpa mendedahkan jumlah individu yang dikenal pasti, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ia masih dalam pemantauan dan siasatan PDRM.

Beliau berkata penubuhan Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) awal Januari lepas telah membantu mengenal pasti pemilik akaun Facebook terlibat dalam penyebaran ideologi itu.

Mohamad Fuzi berkata PDRM juga telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap kegiatan keganasan sama ada di dalam atau luar negara.

“Saya rasa ia merupakan kejayaan luar biasa yang telah dicapai PDRM sejak CMC ditubuhkan dan sebelum ini ia berleluasa (kewujudan akaun Facebook sebar fahaman keganasan),” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan cek sumbangan PDRM ‘Night Run 2018’ dan majlis penghargaan pasukan hoki wanita PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat yang mendedahkan 3,871 akaun Facebook yang dipantau kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");