Sukan Hari Ini

Pemain Ski Korea Selatan Kena Larangan Seumur Hidup

SEOUL: Dua pemain ski lelaki Korea Selatan yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang dikenakan larangan menyertai acara sukan itu seumur hidup.

Persatuan Ski Korea (KSA) berkata, keputusan dibuat selepas rakan sepasukan wanita mereka membuat aduan berhubung gangguan seksual pada satu acara yang berlangsung di Jepun.

Jurucakap KSA berkata, larangan terhadap Choi Jae-woo dan Kim Ji-hyun itu berkuat kuasa pada 12 Mac lalu, selepas mereka didakwa melakukan gangguan seksual dan menyerang atlet wanita terbabit ketika acara Piala Dunia di Jepun.

“Pihak pengadu kemudiannya meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung insiden itu,” katanya.

Jae-woo berjaya mara ke peringkat akhir bagi acara moguls pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang bulan lalu, tetapi gagal menamatkan acara itu pada pusingan kedua.

Sementara, Ji-hyun tersingkir pada pusingan kelayakan lapor Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");