Jenayah

Pembuli ‘Pok Ya Cong Co Dei’ Kena Reman

Perintah reman terhadap dua suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, polis sedang mengesan dua lagi rakan suspek yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Selain itu, polis turut merampas beberapa barang kes termasuk dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.

NSTP semalam melaporkan tindakan biadap sekumpulan remaja memalukan ‘Pok Ya Cong Codei’ dengan membuka seluarnya.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan berkenaan turut menaburkan pasir pada kemaluan lelaki yang mengalami masalah lembam itu, selain tangan mangsa diikat ke belakang.

Mangsa dikatakan dimalukan kumpulan berkenaan di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, 4 pagi kelmarin dan kejadian memalukan itu dikatakan dirakam sebelum video berdurasi tujuh saat menjadi tular di Facebook.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");