Membawang Hari Ini

Peminat Cuba Goda Zarul

KUALA LUMPUR: Gara-gara watak lelaki berpoligami dilakonkannya dalam drama bersiri, Syurga Yang Kedua, Zarul Husin, 45, mengakui ada peminat yang cuba menggoda dirinya.

Menerima pesanan berbaur godaan berkenaan menerusi laman sosial Twitter miliknya, namun pelakon yang juga seorang penyanyi itu menganggap ia sekadar gurauan.

“Saya anggap semua itu sebagai gurauan budak-budak saja. Mungkin disebabkan kebelakangan ini saya mula memuatnaik gambar bersama isteri, jadi ada yang berkata, mereka tetap nak cuba walaupun saya sudah berkahwin,” kata vokalis Umbrella yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka itu memetik sumber Berita Harian.

Dalam drama terbabit, Zarul berlakon di samping dua bintang jelita, Elizad Sharifuddin dan Fasha Sandha.

Sementara itu, Zarul menjelaskan sejak dulu beliau memang tidak suka bercerita mengenai kisah peribadi atau perihal rumah tangga.

“Bagi peminat yang sudah lama mengikuti kerjaya saya, mereka tahu saya sudah berkahwin. Cuma segelintir peminat baharu yang tidak tahu mengenai perkara itu kerana saya sendiri tidak terlalu terbuka bercakap mengenai keluarga.

“Ramai yang ingat saya masih bujang apabila tiada cerita mengenai isteri di laman sosial,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan, CtFit di sini.

Zarul turut mengaku jarang membawa isterinya, Intan Nur Fathihah, ke mana-mana majlis hiburan dan hanya berbuat demikian apabila dirasakan sesuai. Terbaru, beliau dilihat melintasi permaidani merah Anugerah Juara Lagu 32, bulan lalu, di Bukit Jalil bersama suri hatinya.

Dalam perkembangan lain, Zarul berkata, beliau akan berehat seketika daripada lakonan bagi memberikan tumpuan kepada aktiviti promosi single baharunya, Remuk, selain tugas sebagai mentor dalam Mentor Otai, yang mula bersiaran di TV3, Ahad ini.

“Saya terpaksa menolak tawaran berlakon dua drama, dan masing-masing sebuah filem serta telefilem berikutan jadual yang terlalu padat. Insya-Allah selepas hari raya nanti, saya akan kembali berlakon jika ada tawaran yang datang,” katanya yang berminat untuk muncul di layar perak.

Mengenai lagu terkini daripada, Zarul berkata, karya ciptaan Aepul Drama Band itu masih mengekalkan konsep irama 90-an yang dirasakan sesuai dengan dirinya.

Single terbabit akan dilancarkan secara rasmi pada 3 April depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");