Jenayah

Pemuda Tetak Ibu Sampai Mati Di Tanjungkarang

JAKARTA – INDONESIA. Seorang pemuda hilang pertimbangan apabila sanggup menetak ibunya sehingga mati dalam kejadian yang menggemparkan wilayah Sumatera, baru-baru ini.

Kejadian berlaku di rumah wanita terbabit di Kecamatan Tanjungkarang Barat di Bandar Lampung.

Siasatan awal polis mendapati, suspek dikenali sebagai Agus Wulansah, 25, berang kerana mendakwa sering dihina ibunya setiap kali mengerjakan solat atau membaca kitab suci al-Quran.

“Suspek mengaku menyerang ibunya iaitu Eti Yulia menggunakan golok atau parang pendek. Mangsa yang berusia 48 tahun meninggal dunia kerana mengalami luka tetakkan yang dalam.

“Kami masih menyiasat dan menunggu hasil pemeriksaan kesihatan mental suspek,” kata ketua polis Bandar Lampung, Asisten Komisoner Murbani Budi Pitono lapor Sindonews.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");