Jenayah

Pengurus Syarikat Pembinaan Didakwa Bunuh Teman Wanita

SHAH ALAM: Pengurus syarikat binaan dan perkhidmatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh teman wanitanya, minggu lalu.

Sobri Abdul Wahab, 39, yang memakai baju T hitam hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan dikemukakan.

Memetik laporan Sinar Online, Sobri didakwa membunuh warga Indonesia, Gunisma, 38, di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, antara jam 6 petang dan 8 malam pada 10 Mac lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Terdahulu, peguam Khairul Naim Rafidi memohon mahkamah menggunakan Seksyen 342 (1) Kanun Prosedur Tatacara Jenayah terhadap anak guamnya, berikutan keluarga tertuduh memaklumkan Sobri pernah mendapatkan rawatan mental selama 10 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bagaimanapun sejak 2016, rawatan itu terhenti.

“Pihak pembelaan mempunyai alasan kukuh untuk merujuk tertuduh ke pemerhatian psikiatri,” katanya.

Majistret Rini Triany Muhamad Ali memerintahkan Sobri ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta selama sebulan.

Mahkamah menetapkan 12 April depan untuk sebutan semula kes.

Sabtu lalu, media melaporkan wanita terbabit maut dipercayai ditikam selepas mendesak suspek yang dikenalinya tujuh bulan lalu berkahwin.

Mangsa ditemui dengan 28 kesan tikaman di leher, tengkuk, perut dan belakang badannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");