Jenayah

Pengurus Teknikal, Operasi UMP Maut Tercampak Keluar Dari Kenderaan

KUANTAN: Pengurus Teknikal dan Operasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan pacuan empat roda (4X4) milik UMP Ecopest Sdn Bhd yang dinaikinya di kilometer 180.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata dalam insiden 2.05 petang itu, mangsa Siti Zubaidah Kamarudin, 39, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Katanya mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan atas urusan kerja.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan 4X4 jenis Mitsubishi Triton itu tidak dapat mengawal kenderaan selepas melanggar aliran air yang melintas jalan ekoran keadaan hujan lebat semasa kejadian.

“Kenderaan itu kemudiannya terbabas ke sebelah kiri jalan dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh sebuah kereta Proton Perdana yang berhenti di bahu jalan akibat rosak,” katanya lapor Bernama.

Norzamri berkata pemandu 4X4 Mohd NurSyahizan Yaacob, 41, penumpang belakang iaitu Mohd Raimi Saiffuddin Rohadi, 27, tidak cedera manakala isterinya Sherra Sabtu, 27, mengalami lebam pada kepala.

Pemandu Proton Perdana Ahmad Ikhwan Aad Suhaimi, 29, juga tidak mengalami kecederaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");