Perak Hari Ini

Perak Ketengahkan Kouta 5 Peratus Kepada OKU, Ibu Tunggal Dan Belia Miliki Rumah

IPOH:Kerajaan Negeri melalui pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah melaksanakan dasar baharu iaitu memberi keistimewaan kouta sebanyak lima peratus kepada tiga kategori pemilik iaitu Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan belia untuk memiliki rumah yang dibina di Perak.

Menteri Besar,  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu ditekankan kerana sebagai satu tanggungjawab sosial dan tanda keperhatinan malah pada masa sama memudahkan golongan berkenaan memiliki rumah mampu milik dan jenis rumah kos rendah.

“Dalam mesyuarat kerajaan negeri baru-baru ini,  kita telah membincangkan tentang peluang dan bagaimana pendekatan untuk memudahkan golongan ini memiliki rumah.

“Jadi, saya anjurkan semua pihak termasuk pemaju perumahan supaya melaksanakan pendekatan ini. Ia bukan satu polisi atau dasar yang menjadi kemestian tetapi menunjukkan dasar berkebajikan kita yang prihatin kepada keperluan rakyat khususnya golongan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Jualan Edisi Perak Perbadanan Pr1ma Malaysia di Ipoh Convention Centre di sini,  hari ini.

Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Katanya, polisi itu juga telah dilaksanakan kerajaan negeri melalui pembinaan kawasan perumahan kos rendah dan mampu milik yang dipelopori LPHP sejak beberapa tahun lalu.

“Kita lihat ada permintaan dikawasan berkenaan terlalu tinggi hingga golongan OKU, ibu tunggal tidak berpeluang memilikinya sebagai permulaan Kerajaan negeri telah menepatkan dasar supaya lima peratus disediakan kepada oku, ibu tunggal dan belia

“Namun sekiranya dikawasan berkenaan setelah di offer tiada pembeli terpulang kepada pemaju menjual kepada sesiapa,” katanya.

Terdahulu, Perak menjadi lokasi pertama penganjuran Ekspo Jualan Perumahan ke arah sejuta impian Edisi Perak Perbadanan Pr1ma Malaysia berlangsung selama lima hari akan menawarkan pilihan sekitar 40,000 unit rumah kepada bakal pembeli khususnya rakyat yang berada dalam kategori B40.

Jelas Zambry kerjasama untuk menganjurkan ekspo sebegini adalah satu usaha baik bagi memberi peluang kepada rakyat melihat sendiri tentang usaha kerajaan melibatkan agensi perumahan dalam menyediakan perumahan sempurna kepada rakyat pada kadar kemampuan mereka.

“Kerajaan Negeri menyeru semua jabatan dan agensi perumahan yang terlibat untuk duduk bekerjasama denagn pihak LPHP supaya dapat sama-sama kita merangka dalam konteks usahasama kerana kita mempunyai matlamat yang sama untuk menyediakan perumahan kepada rakyat.

“Jika ada kerjasama yang baik serta erat, saling faham memahami  saya yakin masalah berkaitan tiada kemampuan memiliki rumah dalam sesebuah kawasan negeri dapat dikurangkan dan diatasi,” katanya.

Ekspo yang berlangsung selama lima hari bermula 1 Mac hingga 5 Mac ini turut melibatkan pelbagai agensi perumahan dan pihak bank bagi membantu orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan proses pembelian rumah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");