Perak Hari Ini

Perak Lantik Bekas Atlet Galas Tugas Chief De Mission SUKMA

IPOH:Bekas juara negara lompat tinggi, Loo Kum Zee dan atlet olahraga yang pernah bertanding di Sukan Olimpik Seoul 1988, Josephine Mary dilantik sebagai Chief De Mission (CDM) dan Timbalan CDM pasukan Perak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata keputusan melantik dua bekas atlet berpengalaman negara ini adalah lain daripada kebiasaan yang mana selalunya tugas tersebut digalas oleh pihak atasan.

“Kita berubah daripada cara kebiasaan dan kini digalas daripada kalangan atlet sendiri yang pernah menjadi ikon di negeri kita juga di peringkat kebangsaan.

Katanya, perubahan ini adalah usaha untuk memberikan pendekatan baru dalam sukan di negeri ini dengan menampilkan tokoh sukan berasal daripada Perak.

“Loo Kum Zee terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan pencapaian yang sangat membanggakan dalam acara lompat tinggi, begitu juga Josephine Mary yang cemerlang dalam sukan olahraga.

“Kedua-dua mereka adalah bekas atlet dalam bidang olahraga dan pernah mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.

“Atas penilaian itu, pihak kerajaan negeri buat keputusan untuk menampilkan anak Perak yang pernah berjasa untuk turut serta aktif  dan terlibat dalam perancangan SUKMA September nanti,” katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Sementara itu bagi Loo Kum Zee, ia adalah satu penghargaan buat dirinya yang diberi kepercayaan bagi membantu pasukan Perak menempa kejayaan dalam SUKMA selaku tuan rumah bagi kali ini.

“Ia satu penghargaan dan saya akan memberikan komitmen sepenuhnya dan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu negeri ini iaitu negeri kelahiran saya yang saya sayangi,” katanya.

Bagi Josephine Mary pula, dia turut berkongsi rasa gembira dan berjanji akan memberikan sumbangan serta bantuan kepada pasukan Perak untuk menjadi  yang terbaik.

Zambry terdahulu turut mengulas mengenai persiapan SUKMA yang giat dijalankan melibatkan proses baikpulih stadium di beberapa siap sebelum tempoh pelaksanaan temasya itu pada September ini.

“Kebanyakkan venue kejohanan kini pada tahap terakhir baikpulihnya dan selewatnya pada April ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");