Perak Hari Ini

Perak Masih Teliti Cadangan Penjualan Air Ke Negeri Lain

KUALA KANGSAR: Kerajaan Negeri masih meneliti cadangan penjualan air kepada negeri lain setelah menijau dan memenuhi terlebih dahulu keperluan air di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beberapa siri perbincangan menerusi Kerajaan Persekutuan telah dijalankan bagi memperhalusi cadangan tersebut.

“Tidak dinafikan ada perbincangakan kerana kita ada beberapa sungai bersempadan dengan jiran kita seperti Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita akan melihat daripada aspek penjualan itu dapat memanfaatkan satu pihak sekiranya sumber dari pihak Negeri Perak terlebih dahulu telah menerima manfaatnya,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2018 yang bertemakan Nature for Water di Laman Budaya di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (keTTHa) Datuk Dr. Tan Yew Chong.

Kata Zambry lagi, Kerajaan Negeri pada peringkat awal ini masih menilai cadangnya disyorkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan selaku pengantara.

Malah katanya, isu berkaitan pengurusan air tidak akan dipolitikkan kerana ia mengambil kira mengenai keperluan rakyat.

“Kita masih melihat sebarang kemungkinan yang ada dan kita tidak akan politikkan isu air kerana ia keperhatian terhadap kemudahan yang diperlukan namun keutamaan memenuhi keperluan di Perak adalah yang didahulukan sebelum mengambil tindakan menjual air kepada negeri lain,” katanya.

Sementara itu, Hamim Samuri berkata Perak merupakan antara negeri terbaik yang memelihara dan memulihara alam sekitar terutama berkaitan dengan pengurusan air.

“Sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Perak kerana Perak antara negeri terbaik bagi sistem pengurusan airnya dan sambutan ini antara lain bertujuan memberikan serta kefahaman dari setiap peringkat masyarakat untuk menjaga sumber air,” katanya.

Katanya penjagaan terhadap alam sekitar itu penting malah matlamat itu tidak akan tercapai tanpa kerjasama semua pihak.

Pada majlis tersebut turut berlangsung pertandingan perahu Perak Challenge merentasi sungai Perak yang dimenangi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan penyampaian hadiah bagi Anugerah Emas Tesis Terbaik Hidrologi dan Anugerah Khas Sumber Air.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");