Perak Hari Ini

Perkasakan Sekolah Kebangsaan, Terap Anak Muda Cintakan Ilmu

GOPENG:Program memperkasakan sekolah Kebangsaan yang telah berlangsung sejak 20 tahun lalu, terus dipertingkatkan bertujuan membentuk masyarakat terutamanya anak muda yang berpengetahuan tinggi dan cintakan ilmu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata program yang dijalankan sekitar Parlimen Kampar itu memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan dan ruang mendapatkan pendidikan berkualiti melalui pelbagai program anjuran Yayasan Pendidikan Kampar (YPK) dan Umno Bahagian Kampar.

Katanya, pada peringkat permulaan program hanya berlangsung di peringkat sekolah, sehinggalah ia mengubah pendekatan diluar daripada kawasan sekolah seperti di dewan orang ramai atau rumah ibu bapa yang sanggup membuka rumah untuk menganjurkan kelas berkonsepkan kumpulan rakan belajar.

“Pelbagai program asas dianjurkan seperti program motivasi, teknik menjawab, english camp yang bukan sahaja meningkatkan dari segi akademik dan pembudayaan sikap dan personaliti anak-anak.

“Sejak ia dilaksanakan kita mendapat 100 peratus kelulusan pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sekaligus ia penanda aras kepada kami selain mengejar kualiti tetapi juga kita mahukan kuantiti 100 peratus lulus, malah melalui rekod sejak 10 tahun kita berjaya capai kelulusan itu,” katanya.

Nolee turut mencadangkan agar pihak kerajaan negeri dapat mengarap pendekatan program sebegini untuk dilaksanakan di peringkat negeri kelak.

Beliau  yang merangkap ADUN Tualang Sekah berkata demikian pada majlis Karnival Book Lover sempena program semarak Program Semarak Rakyat@Tualang Sekah di The Kandu Gopeng hari ini.

Seramai 123 pelajar turut serta dalam acara sepanjang satu hari yang menyediakan pelbagai program ilmu dan aktiviti menarik sempena musim cuti sekolah yang berlangsung kini.

Mengulas mengenai penganjuran program tersebut katanya, ia merupakan pengajuran Yayasan Pendidikan Kampar dan Perbadanan Perpusatakaaan awam Negeri Perak yang berunsurkan kecintaan ilmu melalui membaca.

Bagi tahun ini sahaja, program semarak rakyat anjuran UMNO Bahagian Kampar telah melaksanaka lima program mengikut kelompok masyarakat antaranya karnival Book Lover, merakyatkan seni dan karnival jualan murah kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");