Berita Hari Ini

Perlaksanaan NHRAP Angkat Martabat Negara

KUALA LUMPUR – Usaha pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) bukan sahaja mampu melindungi hak asasi manusia di negara ini malah turut mengangkat martabat negara di pesada antarabangsa.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, NHRAP merupakan dokumen awam yang menyenaraikan pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia serta menggariskan pelan tindakan terperinci untuk dilaksanakan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.

“Berdasarkan keterlibatan ekstensif semua pihak-pihak berkepentingan, NHRAP Malaysia berjaya dibangunkan dengan 294 pelan tindakan yang merangkumi 83 isu keutamaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiga mekanisme penting, sebagai ‘kick-off’ kepada pelaksanaan NHRAP turut dilaksanakan.

“Kerajaan bersetuju untuk membangunkan suatu Mobile App bagi tujuan mendapatkan maklum balas daripada rakyat, terhadap pelaksanaan NHRAP.

“Kemudahan ini akan menggalakkan penyertaan awam yang lebih berkesan, dalam memastikan pelaksanaan dan penambahbaikan NHRAP dari masa ke semasa,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi, yang bertanggungjawab bagi memantau pelaksanaan NHRAP.

“Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan NHRAP dengan berkesan dan memastikan sebarang isu berkaitan hak asasi manusia dapat diberi perhatian sebaiknya dari peringkat akar umbi demi manfaat rakyat.

“Selain itu pihak berkecuali yang bersesuaian turut dilantik antaranya daripada kalangan organisasi masyarakat sivil dan ahli akademik, bagi mengumpul serta menganalisis maklum balas awam yang diterima terhadap pelaksanaan NHRAP, ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");