Sukan Hari Ini

‘Pertahanan PKNP jangan leka!’

KESEBELASAN PKNP FC diingatkan agar tidak mudah leka dan memberikan fokus sepenuhnya pada aksi Liga Super berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim berkata, kesebelasan PKNP FC perlu memberikan perhatian atas kebangkitan jentera serangan lawan yang telah pun meledak tujuh jaringan pada aksi berdepan Southern FC dalam saingan Piala FA baru-baru ini.

Justeru Abu Bakar menjangkakan kesebelasan anak didiknya bakal berdepan laluan sukar untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan berkenaan.

“Pertembungan pasti sengit antara kedua-dua pasukan. Dengan kedudukan carta liga yang menyaksikan hanya jurang gol menjadi pemisah Melaka United dan PKNP FC.

“Oleh itu, semua pemain perlu memberi tumpuan 100 peratus selain mengelak melakukan kesilapan jika mahu mencatatkan kejayaan di laman lawan,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Sementara itu Abu Bakar berharap benteng pertahanan PKNP FC tidak lagi leka terutamanya pada tempoh 10 minit terakhir perlawanan.

Katanya, tempoh berkenaan kebiasaannya memerlukan tumpuan seratus peratus jika mahu mengelakkan sebarang kesilapan berlaku.

“Kebangkitan jentera serangan Melaka perlu diberikan perhatian oleh benteng pertahanan.

“Jangan leka dan jangan sesekali ambil mudah,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");