Perak Hari Ini

Pesara Jangan ‘Pencen’ Untuk Segala-Galanya: DS Zambry

IPOH:Para pesara disaran untuk memanfaatkan kehidupan selepas bersara dengan melakukan pelbagai perkara berfaedah dalam mengisi masa lapang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata para pesara sama sekali dilarang untuk menyifatkan waktu persaraan adalah waktu ‘pencen’ untuk segala-galanya.

“Jangan menganggap apabila sudah bersara maka segala-galanya termasuk akal kita juga pencen, jangan kita menganggap kita pencen segala-galanya, pencen habis enjin dalam badan akhirnya itulah kita lihat semakin pesara kelihatan tidak bersemangat,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2018 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Casuarina@Meru di sini hari ini.

Terdahulu majlis tersebut meraikan 287 orang pesara bagi tempoh Julai hingga Disember 207 yang terdiri daripada 152 orang pesara dari Jabatan Negeri,101 orang pesara dari pihak berkuasa Tempatan dan 34 orang dari badan berkanun.

Sementara itu seramai 243 orang pesara layak menerima insentif Kerajaan Negeri berjumlah RM3,000 setiap seorang manakala bagi penerima bumiputera seramai 208 orang menerima insentif berupa Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) manakala bukan bumiputera menerima Sijil Simpanan Premium (SSP).

Tambah Zambry lagi, waktu selepas persaraan merupakan satu tahap kehidupan yang perlu ditempuh dengan pelbagai cara dan pilihan.

“Jangan anggap pencen berakhir segalanya-galanya, kita tahu kita ada tahap dalam kehidupan kita daripada satu tahap ke satu tahap lain, tradisi kehidupan kita malah cendiakiawan selalu menasihatkan kita kehidupan kita sepanjang masa berakhir apabila kematian menjemput kita.

“Dahulu waktu bekerja dapat gaji sekarang kita pencen dan berbelanja malah ada cara lain boleh teruskan untuk menikmati kehidupan ada yang suka datang memberikan khidmat masyarakat serta memilih waktu ini untuk belajar,” katanya.

Beliau dalam ucapan turut berkongsi perancangan waktu pencennya kelak bagi mengasah semula kemahiran Bahasa Arab dan Mandarin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");