Berita Hari Ini

Pesawat Kargo ‘Muntah’ Ratusan Jongkong Emas

MOSCOW: Jongkong emas bertaburan di landasan kapal terbang di bandar Yakutsk, timur Rusia selepas pesawat kargo yang membawa sembilan tan muatan bahan berharga itu dilaporkan rosak.

Media tempatan melaporkan, kawasan tersebut dihujani jongkong emas dan platinum bersama berlian sebaik pesawat An-12 itu berlepas.

“Kira-kira tiga tan jongkong emas bernilai AS$378 juta (RM1.4 bilion) berselerakan di landasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati kerosakan pada pintu kargo selain angin kuat menyebabkan ia terbuka secara tiba-tiba,” jelas laporan itu lagi lapor Mstar Online.

Susulan kejadian itu, pesawat milik Nimbus Airlines yang menuju ke Krasnoyarsk itu terpaksa mendarat cemas di lapangan terbang Magan berhampiran Yakutsk.

Pihak berkuasa turut menutup landasan terbabit untuk operasi mencari kesemua jongkong berharga itu.

“Sebanyak 172 jongkong emas seberat 3.4 tan telah ditemui setakat ini,” kata jurucakap polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");