Perak Hari Ini

PH Taiping Dakwa Dewan Orang Ramai Disalah Guna

KAMUNTING: Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Taiping hari ini tampil mendakwa pihak Barisan Nasional (BN) negeri dikatakan menyalahgunakan kemudahan dewan orang ramai dengan menjadikan ia bilik gerakan atau markas parti sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Taiping, Mohd Saad Ismail mendakwa tindakan BN menaikkan bendera pada bangunan tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Percancangan Masyarakat (GP-17) Negeri Perak.

Katanya, merujuk kepada perkara 10 garis panduan berkenaan, ia dinyatakan bahawa dewan orang ramai adalah sebagai tempat bagi sebarang perjumpaan untuk tujuan sosial, politik, pembelajaran dan rekreasi.

“Walaupun dalam panduan tersebut ada menyebut tentang tujuan sosial dan politik namun, ianya dinyatakan secara umum.

“Maknanya selagi mana-mana pertubuhan itu berdaftar (dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan) dia ada hak untuk menggunakan dewan orang ramai.

“Dalam isu pemasangan bendera ini, apa kata kami pun dibenarkan meletakkan bendera di sini, supaya nampak warna-warni politik tanah air ‘No Harm Done’,” ujarnya.

Mohd Saad turut mendakwa sebanyak lima buah dewan orang ramai seluruh daerah ini kononya telah dijadikan markas BN semenjak seminggu yang lalu.

Selain itu, Ketua Cabang PKR Taiping, Azhab Hassan turut mendakwa pengunaan dewan orang ramai ini seharusnya berada dalam tempoh jangka masa yang pendek dan bukan dijadikan markas bagi satu-satu parti politik.

“Untuk melakukan aktiviti politik, untuk lebih adil, (harap) kedua-dua pihak boleh. Contohnya jika kami mahu adakan aktivti di sini, juga patut dibenarkan,” katanya dalam satu sidang media berhampiran Dewan Orang Ramai Kampung Pinang, dekat sini, pada Khamis.

Pada masa sama, Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri, Datuk S. Nali turut mendakwa selain dewan orang ramai, kuil di beberapa kawasan ini juga dikatakan menghadapi isu yang sama.

“Kami beri mas seminggu untuk mereka turunkan bendera di sini jika tidak bukan kami sahaja, malah parti-parti lain yang bertanding juga akan menaikkan bendera,” katanya.

Terdahulu kesemua mereka telah membuat satu laporan polis berkenaan isu ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");