Sukan Hari Ini

Piala Thomas: Status Penyertaan Iskandar Belum Pasti

STATUS sebagai juara kebangsaan belum memadai untuk menjamin tiket Iskandar Zulkarnain Zainuddin ke Piala Thomas ketika ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, masih mahu dia dan Lee Zii Jia yang dilanda masalah kecergasan terus membuktikan keunggulan.

“Ia belum tentu lagi sama ada saya mahu sandarkan kepadanya atau tidak. Yang penting adalah keseluruhan persiapan sebelum pemilihan ke Piala Thomas yang sebenarnya.

“Tetapi dia benar-benar menunjukkan satu prestasi, komitmen dan persembahan yang baik dengan menjadi juara,” kata Misbun kepada Stadium Astro.

Zii Jia, yang tewas di tangan Iskandar dalam perebutann gelaran juara Kejohanan Badminton Kebangsaan, memperoleh pujian kerana mara ke perlawanan akhir dalam keadaan tidak cergas, bagaimanapun pada masa sama diberikan peringatan oleh Misbun.

“Buat masa sekarang, risau memang risau. Ia kerana tahapnya (Zii Jia) dengan pemain seangkatan dari luar negara. Kalau dia tidak mengambil iktibar daripada apa yang terjadi sekarang ini, ini akan menjauhkan jurangnya sendiri.

“Dia tidak sihat tetapi tetap memberi tekanan. Bagaimanapun, perkara seperti ini tidak boleh dijadikan alasan,” tambah Misbun

Misbun mengambil keputusan merehatkan kedua-dua pemain perseorangan itu daripada sebarang aksi kompetitif sehingga benar-benar bersedia.

Ia juga sebahagian daripada perancangan untuk memastikan mereka berada di kemuncak prestasi sebelum bermulanya kempen Piala Thomas di Bangkok pada Mei nanti.

“Saya melatih mereka beberapa minggu ini untuk mendapatkan kestabilan dalam persiapan.

“Mungkin ada beberapa kejohanan bagi memastikan mereka perlu bersedia daripada segi latihan,” kata Misbun lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");