Isu Panas

Pilihanraya Sebelum Atau Dalam Bulan Mei?

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberikan bayangan bila pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya ketika merasmikan Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2018, di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (Sabda) di Bagan Datuk hari ini menggambarkan PRU14 akan dilaksanakan sebelum atau pada bulan Mei selepas dimaklumkan lokasi terakhir serta penutupan jelajah berkenaan akan diadakan di Miri pada 2 Mei.

“Itu mungkin dah lambat dah. Kalau boleh mintaklah cepat sikit, takut perancangan tiba-tiba berubah. Sekian sahaja,” katanya ringkas di majlis berkenaan.

Sebelum ini Ahmad Zahid pernah memberi bayangan beberapa kali mengenai bila PRU14 akan diadakan, antaranya, selepas Tahun Baharu Cina iaitu dalam bulan Februari, ketika beliau menghadiri satu majlis di Bagan Datuk pada November tahun lalu

Malah Ahmad Zahid juga sekali lagi memberi bayangan ketika menghadiri Program Mahabbah Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah, Teluk Intan pada Februari lalu bahawa PRU14 akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");