Sukan Hari Ini

PKNP Intai Peluang Kejutkan FELDA

KUALA LUMPUR: PKNP FC akan cuba mengejutkan FELDA United apabila bertembung pada suku akhir Piala FA bulan depan sekalipun menyedari ia bukan tugas mudah.

Jurulatih Abu Bakar Fadzim mengakui FELDA memiliki kualiti lebih baik berbanding kelab bimbingannya namun tetap berpegang kepada falsafah ‘bola itu bulat’ yang mungkin membawa tuah kepada pasukannya.

“Anda perlu akui hakikat jurang antara kedua-dua pasukan ibarat langit dengan bumi. Walaupun kami bermain dalam Liga Super, mereka pula dalam Liga Perdana namun realitinya FELDA lebih berkualiti berbanding kami.

“Mereka pasukan serba lengkap dengan barisan bintang tempatan – Shukor Adan, Wan Zack (Haikal Wan Nor), Christie Jeyaseelan dan Hadin Azman ditambah dengan pemain import seperti Thiago Junior, Thiago Augusto Fernandes dan Gilberto (Fortunato).

“Dua pemain naturalisasi, Stuart Wark dan Curran Ferns turut memperkukuhkan pasukan itu. Pendek kata daripada posisi penjaga gol hingga penyerang, FELDA memiliki pemain berkualiti.

“Kami pula dalam peringkat membina semula pasukan selepas kehilangan ramai pemain utama musim ini. Sesudah enam perlawanan, pemain import kami masih tercari-cari rentak,” ujar Abu Bakar memetik sumber Berita Harian.

Begitupun menurut Abu Bakar, beliau tidak mahu PKNP menyerah kalah begitu sahaja sebaliknya menagih pemainnya menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan timbal balik itu.

“Sebagai pasukan bukan pilihan, kami akan turun tanpa tekanan dan tidak rugi apa-apa jika kalah. Tapi itu bukan bermakna pemain perlu ambil mudah perlawanan ini sebaliknya saya mahu mereka berusaha sebaik mungkin untuk melakukan kejutan ke atas FELDA.

“Dalam bola sepak, ia bukan mustahil kerana pasukan seperti Manchester City pun kalah kepada Wigan (Athletic) dalam Piala FA musim ini. Malah, musim lalu kami pernah mengejutkan FELDA 3-1 pada suku akhir pertama Piala Malaysia.

“Nasihat saya kepada pemain, lakukan yang terbaik, fokus sepanjang 180 minit perlawanan dan elakkan kesilapan walaupun kecil kerana ia akan dihukum oleh pasukan sehebat FELDA,” kata jurulatih itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");