Berita Hari Ini

PM: Hargailah Bantuan Kerajaan

KUALA LUMPUR: Hargai bantuan yang diberikan kerajaan kerana pada satu ketika, semua rakyat ada menerima bantuan dari kerajaan.

Ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan buku mantan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan di Dewan Filharmonik Petronas di sini, hari ini.

“Jika kita baca buku beliau, kita akan faham mengapa Tan Sri Sidek dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.

“Seorang insan dari kampung yang mampu berjaya sebagai penjawat awam dan berbakti kepada negara. Ketika dalam perjalanan, Tan Sri Sidek mengakui bahawa sumbangan dari Kerajaan iaitu RM20 ketika beliau bersekolah telah membantunya sehingga beliau mencapai tahap ketika ini.

“Jadi kita boleh lihat sendiri, sama ada anda orang terkaya di Malaysia ataupun Ketua Setiausaha Negara, pada satu ketika dalam hidup anda, pasti Kerajaan ada membantu anda,” kata Datuk Seri Najib memetik sumber Astro Awani.

Buku bertajuk ‘No Wrong Door, The Story of Sidek Hassan’ ditulis oleh Dr Rokiah Talib dan diterbitkan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Turut hadir di majlis tersebut ialah Sidek sendiri serta Ketua Setiausaha Negara ketika ini Tan Sri Ali Hamsa dan juga Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");