Jenayah

Polis Giat Kesan Tiga Pelajar Tunas Bakti Larikan Diri

TELOK AIR TAWAR – Polis masih lagi mengesan tiga pelajar Sekolah Tunas Bakti yang melarikan diri dari asrama sekolah itu pada 10 Mac lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk A Thaiveegan berkata, mereka yang melarikan diri itu dipercayai masih berada di dalam negeri ini.

“Mereka yang melarikan diri masih lagi dicari. Semua orang cari sebab mereka ini bukan penjenayah, mereka remaja, jadi cari pun jangan kasar dengan mereka,” katanya.

Menurutnya, semua pihak juga perlu ambil tahu punca sebenar mengapa pelajar ini melarikan diri.

“Saya minta agar cari punca mengapa mereka bertindak sedemikian, kenapa mereka larikan diri dari sini, apa kesusahan, kerisauan mereka, punca larikan diri, semua kita kena ambil tahu.

“Saya percaya mereka ini masih di negeri ini, logiklah mungkin mereka larikan diri ke rumah rakan mereka, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, jadi buat masa ini, kita masih mencari.

“Di sini, kawalan itu ada tapi kawalan itu dicampur dengan cara kemesraan, sebab ini bukan penjara. Tapi oleh kerana kita berlembut, mungkin remaja ini ambil kesempatan,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Pada 10 Mac lalu, tiga pelajar Sekolah Tunas Bakti melarikan diri dalam kejadian jam 4.20 pagi itu.

Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kunci dikopak pada salah satu pintu asrama sekolah itu.

Ketiga-tiga pelajar yang melarikan diri itu masing-masing berumur lingkungan 17 dan 18 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");