Jenayah

Polis Minta Salur Maklumat Kes Pergaduhan

JOHOR BAHRU – Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden pergaduhan yang tular di laman sosial dan dikatakan berlaku di Stulang Laut kelmarin, supaya tampil memberi kerjasama.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Pada masa sama, beliau turut meminta pihak yang terlibat dalam kejadian itu agar tampil membuat laporan.

“Sehingga kini tiada laporan polis diterima.

“Kita nasihatkan mana-mana pihak yang terbabit segera membuat laporan polis di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, sebuah video berdurasi 4 minit 26 saat tular di laman sosial Facebook memaparkan insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah kedai makan di Stulang Laut.

Video sama turut dikongsi menerusi laman sosial WhatsApp.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");