Isu Panas

PRU: Ku Li Yakin BN Tawar Manifesto Terbaik

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) akan menawarkan manifesto terbaik kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tengku Razaleigh berkata selain itu, manifesto BN juga akan “berpijak di bumi nyata” dan tidak sebagaimana manifesto dijanjikan oleh pembangkang, yang dilancarkan pada 8 Mac lepas.

“Saya yakin segala janji yang akan terkandung dalam manifesto BN nanti akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah gagal dalam melaksanakan janji-janji yang dibuat sebelum ini.

“Banyak yang mengelirukan dalam manifesto pembangkang dan mereka membuat janji di luar kemampuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2 di sini, hari ini.

Justeru, beliau percaya manifesto BN akan diterima baik oleh rakyat, sekali gus membolehkan BN untuk kekal memerintah.

Mengenai kemungkinan calon BN bagi PRU14 diumumkan lebih awal, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata perkara tersebut hanya spekulasi semata-mata.

Beliau turut menyuarakan pandangan bahawa calon berpengalaman dan golongan muda wajar diketengahkan bagi memberi pilihan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");