Sukan Hari Ini

Pusingan Ketiga Piala FA Temukan Finalis Musim Lalu

PUSINGAN ketiga Piala FA menjanjikan aksi yang lebih sengit apabila bakal menemukan kembali finalis musim lalu, Kedah dan Pahang.

Kedah selaku juara bertahan yang mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi dramatik, sekali lagi bakal berdepan tugas sukar di pusingan ketiga untuk bertandang ke Stadium Darul Makmur selaku pasukan pelawat.

Pertemuan ini pastinya menarik perhatian peminat bola sepak tempatan selepas menyaksikan kedua-dua pasukan mula bangkit di landasan kemenangan apabila bermula buruk di permulaan musim lalu.

Selain itu, aksi sengit juga dijangka berlaku di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu yang menemukan Terengganu FC (TFC) dengan Selangor.

Walaupun TFC mempunyai rekod baik dengan membelasah Selangor 4-1 di stadium sama dalam aksi Liga Super sebelum ini, namun skuad kendalian P Maniam dijangka mahu menebus kembali kekalahan itu untuk meraih tiket ke pusingan suku akhir.

Satu lagi pertembungan yang dijangka menarik perhatian ialah di antara PKNS FC dengan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

PKNS FC yang mudah melepasi halangan pusingan kedua menewaskan Hanelang FC 4-1 sebelum ini, bakal diberikan saingan oleh The Red Warriors yang sedang diberi nafas baharu di bawah kendalian Yusri Che Lah selepas Sathit Bensoh direhatkan.

Satu perlawanan yang dijangka mudah di pusingan ketiga ialah di antara Felda United bertemu UKM FC.

Felda yang masih mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dijangka tidak berdepan tugas sukar untuk menanti cabaran pendatang baharu Liga Premier itu di Jengka.

Perlawanan lain menyaksikan UiTM FC mengulangi skrip sama seperti tahun lalu apabila diundi dengan juara empat kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di pusingan ketiga tahun ini.

Melaka United pula bakal berhadapan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Pulau Pinang bakal menanti kunjungan Perak di Stadium Negeri Pulau Pinang, manakala Marcerra Kuantan FA bakal bertandang ke Stadium Batu Kawan untuk berhadapan PKNP FC.

Pusingan ketiga Piala FA dijangka berlangsung pada 16,17 dan 18 Mac. -Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");