Jenayah

Puteri Saudi Kena Waran Tangkap

PARIS: Hakim Perancis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas puteri Arab Saudi yang dipercayai mengarahkan pengawal peribadinya untuk memukul seorang tukang paip di kediamannya pada September 2016, menurut sumber rapat siasatan itu, semalam.

Memetik laporan Sinar Online,waran tangkap ke atas Puteri Hassa, saudara perempuan Putera Mahkota, Mohammed Salman itu dikeluarkan pada Disember lalu, namun ia mula dilaporkan media tempatan pada minggu ini.

Akhbar Le Parisien melaporkan puteri tersebut berang selepas baginda mendakwa lelaki itu mengambil gambar untuk dijual kepada media.

“Baginda cuba untuk merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan turut meminta bantuan pengawal peribadinya. Tukang paip itu kemudiannya ditumbuk dan dikasari hingga menyebabkan dia mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa dan siasatan dijalankan,” jelas laporan itu lagi.

Beberapa bulan selepas insiden itu, pengawal peribadi baginda telah didakwa atas beberapa pertuduhan termasuk melakukan keganasan dengan senjata dan membuat ancaman bunuh.

Puteri Hassa kemudiannya kembali ke Riyadh dan tidak lagi menghadiri majlis keluarga atau awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");