Jenayah

Putus Jari, Patah Tangan Ditetak Bekas Pekerja

CHUKAI: Seorang penyelia putus hujung jari kelingking dan patah dua jari tangan kanan selepas ditetak bekas pekerjanya menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang di daerah ini pada Selasa lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.15 petang ketika lelaki berusia 26 tahun itu berada di pejabat bersama rakan sekerjanya sebelum didatangi suspek.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata suspek dikatakan datang ke pejabat berkenaan untuk bertanya mengenai rayuannya yang bekerja semula di ladang berkenaan, sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Beliau berkata, suspek beredar meninggalkan pejabat berkenaan dan dia yang yang masih tidak berpuas hati datang semula kira-kira 15 minit kemudian membawa sebilah parang.

“Suspek bertindak mengejar lalu menetak mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa putus hujung jari kelingking dan patah dua jari tangan kanan.

“Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

“Susulan kejadian, pengurus ladang berusia 53 tahun membuat laporan di Balai Polis Chukai untuk tindakan lanjut,” katanya, ketika dihubungi, hari ini lapor Berita Harian.

Mohd Said berkata, identiti suspek berusia 30 tahun sudah dikenal pasti dan usaha memburu suspek giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");