Jenayah

Rakan Sebilik Direman Tujuh Hari

SUNGAI PETANI – Dua suspek berusia 20-an direman bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di sebuah bilik motel dekat Jalan Cinta Sayang, Taman Bandar Baru, Sungai Petani kira-kira 9.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, kedua-dua suspek berasal dari Sungai Petani itu dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 11 Mac ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Noor Lyana Ab Rahim dan selesai kira-kira 10.45 pagi tadi memetik sumber Sinar Harian.

Menurut Saifi, suspek ditahan kurang dari tempoh enam jam dari kawasan perumahan berdekatan lokasi kejadian.

Mangsa, E Muniandy, 59, ditemui mati dalam bilik motel berkenaan selepas berlaku pergaduhan bersama dua lagi rakan yang turut daftar masuk pada jam 6.10 petang.

Mereka dipercayai menyewa bilik motel untuk tempoh dua jam.

Bagaimanapun, pada jam 8.10 malam, pekerja motel terdengar bunyi bising pergaduhan berlaku di bilik terbabit sebelum menemui mangsa dalam keadaan leher dijerut sebelum suspek keluar meninggal lokasi kejadian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");