Berita Hari Ini

Rakyat Israel Mahu Netanyahu Letak Jawatan

TEL AVIV – Ratusan warga Israel berhimpun di Tel Aviv bagi membantah amalan rasuah dan menuntut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan.

Demonstrasi diadakan di Dataran Habima di tengah Tel Aviv, dengan penunjuk perasaan memegang sepanduk dan melaungkan slogan anti-rejim.

Orang ramai turut berhimpun di hadapan rumah Peguam Negara, Avichai Mandelbit di bandar Petah Tikva.

Mandelbit bakal menentukan sama ada mahu membuat pendakwaan terhadap Netanyahu atas tuduhan rasuah, penipuan dan khianat.

Bulan lalu, polis Israel mencadangkan Netanyahu didakwa atas tuduhan rasuah dalam Kes 1000 dan 2000 sekali gus memberi cabaran terbesar terhadap kelangsungan politik pemimpin nasionalis itu.

Dalam Kes 1000, pemimpin berusia 68 tahun itu disyaki menerima hadiah dari ahli perniagaan luar negara.

Manakala dalam Kes 2000, beliau dituduh membantu akhbar Yedioth Ahronoth dan sebagai balasan akhbar tersebut perlu membuat liputan positif mengenai dirinya.

Netanyahu sebelum ini menafikan salah laku dan beliau sudah disoal siasat beberapa kali oleh polis sejak awal 2017 lapor Press TV.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");