Jenayah

Remaja Maut Motosikal Jatuh Jejambat

SEBERANG JAYA – Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari jejambat dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 petang, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dan terjatuh dari jejambat berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 18 tahun itu bekerja di sebuah pusat membeli-belah berhampiran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah bulatan Seberang Jaya menuju ke arah Kulim dengan menggunakan jejambat berkenaan.

“Mangsa disahkan mati ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Nik Ros Azhan turut meminta kerja sama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");