Jenayah

Remaja Perempuan Lepak Bersama Rakan Dirogol

KAJANG: Rahsia seorang remaja perempuan yang dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki dikenali ketika melepak bersama terbongkar selepas ibu mangsa terbaca pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp di telefon bimbit anaknya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, polis menerima laporan ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 3.29 petang, Rabu lalu.

“Berdasarkan laporan itu, mangsa berusia 15 tahun memaklumkan dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki dikenalinya di Bandar Seri Putra, di sini, 8 Mac lalu.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, kami menahan empat suspek, Rabu lalu kira-kira jam 9 malam di sebuah pangsapuri di sekitar Bangi bagi membantu siasatan.

“Tiga daripada suspek adalah rakan sekolah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh keempat-empat suspek pada 8 Mac lalu kira-kira jam 10 malam di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Putra, di sini, ketika mangsa lepak bersama mereka.

“Kejadian berlaku seminggu lalu, namun hanya disedari ibu mangsa selepas terbaca pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp dalam telefon bimbit remaja perempuan terbabit.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa,”katanya.

Katanya, empat suspek yang berusia lingkungan 14 hingga 21 tahun itu direman selama enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");