Jenayah

Rentung Dalam Tandas

BAU: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Jalan Wind Cave, Kampung Bau, di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Voon Kim Kee, 38, ditemui rentung dalam tandas rumah berkenaan, dipercayai ketika cuba mencari jalan keluar ketika kebakaran berlaku kira-kira jam 2.40 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada jam 2.51 pagi memaklumkan insiden berkenaan.

Bertindak atas maklumat itu, dua jentera bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Keseluruhannya, dua rumah terbabit dalam insiden membabitkan lapan penghuni, dengan sebuah daripadanya musnah sepenuhnya.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudian menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam tandas rumah berkenaan,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat.

Tujuh lagi penghuni tidak mengalami kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri, namun masih dalam keadaan trauma.

Dalam kejadian sama, seorang anggota bomba Waslie Kontil Ambi cedera ringan selepas dihempap konkrit ketika menjalankan operasi pemadaman.

Katanya, pegawai terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Bau untuk rawatan dan dibenarkan pulang selepas kecederaan dialaminya dirawat.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");