Perak Hari Ini

Republik Czech Mahu Cari Peluang Ekonomi Di Perak

IPOH: Republik Czech berminat untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan Malaysia khususnya di negeri Perak.

Dalam satu kunjungan hormat Dutanya, Rudolf Hykl ke Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pagi tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri akan melihat beberapa peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua negara, khususnya dengan negeri ini yang melibatkan hal-hal pelaburan.

Jelasnya kepada pemberita, Republik Czech merupakan antara negara yang sedang berkembang pesat di Eropah yang mana mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.6 peratus.

Sementara itu, Hykl yang ditemui berkata pihaknya akan sentiasa mencari peluang pengukuhan hubungan ekonomi di negeri ni untuk masa hadapan.

“Kami akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk mengenalpasti ruang ekonomi yang boleh kita bangunkan seperti yang melibatkan industri automotif, eletronik, industri pembuatan besi, makanan dan pelancongan.

“Kami juga yakin akan ada ramai pemain industri kami yang berminat untuk melabur di Perak,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan pujian terhadap keindahan negeri Perak menerusi kaca matanya.

Keunikan bentuk muka bumi, khususnya di Pulau Pangkor ditambah dengan kepelbagaian sejarah negeri membuatkan beliau merasakan Perak sebagai negeri yang indah.

Difahamkan duta dari negara Eropah Tengah itu telah beberapa kali mengunjungi negeri Perak, sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");