Isu Panas

Rizal Mansor Ingatkan Pakatan Kisah Anwar Kempunan Jadi PM 20 Tahun Lalu

Selepas membuat kejutan menghadiri wacana bertajuk “Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?” semalam, Tun Dr Mahathir menegaskan beliau masih mampu menerajui negara jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) nanti.

Namun dalam konteks berbeza, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor berpendapat Pakatan tidak boleh terpedaya dengan kata-kata bekas perdana menteri itu, yang kononnya mahu memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun sahaja.

Menurut Rizal, Dr Mahathir sekali lagi bakal menguburkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri kerana pengerusi PPBM itu mungkin tidak akan menyerahkan jawatan tersebut.

“Hari ini, pemimpin 93 tahun itu pula dinamakan untuk menjadi PM (perdana menteri) ke-7 jika BN (Barisan Nasional) berjaya ditewaskan pada PRU-14 dengan perjanjian untuk menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada DS Anwar Ibrahim selepas dua tahun.

“Tetapi, dalam wawancara dengan media Australia baru-baru ini pula, Tun Dr Mahathir menunjukkan tembelangnya apabila berkata, undi beliau mungkin sama seperti undi Anwar.

“Perkataan mungkin itu secara jelas menunjukkan Mahathir tidak ikhlas dalam perjanjian untuk melantik Anwar menjadi PM selepas dua tahun Anwar keluar dari penjara,” demikian tulisnya di entri Facebook,semalam.

Beliau juga mengingatkan beberapa insiden di mana Dr Mahathir pernah berjanji untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan yang sama lebih kurang setahun lalu dan berpura-pura sibuk memegang telefon bimbit ketika pemimpin pembangkang diminta mengangkat plakad ‘Anwar PM ke-7’.

“Dan, jangan kita pernah lupa Anwar kempunan nak jadi PM kira-kira 20 tahun lalu juga sebab Mahathir,” katanya.

Rizal juga mendakwa Dr Mahathir hanya mahu melantik anaknya menjadi perdana menteri.

“Jangan-jangan Mahathir cuma nak anaknya yang jadi PM ke-8, sebab selepas menang PRU-14 nanti dan bila beliau dah jadi PM nanti, siapa berani nak tentang kalau beliau tetap mahu DS (Datuk Seri) Mukhriz jadi PM.

“Pada masa itu lah kita dapat tengok DAP, PAN dan PKR sekalipun tak mampu nak melawan Mahathir sebab semua dah kekenyangan dengan dedak yang beliau hidangkan,” ujarnya.

Dr Mahathir yang kini dicalonkan sebagai perdana menteri sementara oleh Pakatan pernah mengatakan Anwar terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");