Perak Hari Ini

RM50, Beli Macam-Macam

BAGAN DATUK – Daging segar 1 kilogram, ayam seekor, telur ayam sepapan, beras sekampit 10kg, bawang satu guni dan susu tin serta sardin antara yang boleh dibeli kesemuanya dengan hanya RM50 sempena Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Rungkup pagi semalam.

Lebih menarik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menurunkan lagi harga kepada 50 peratus daripada 70 peratus harga asal yang diturunkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebelum itu.

Acara lelongan itu dilakukan timbalan perdana menteri bersama Hamzah di 10 gerai jualan yang menjual keperluan asas.

Ahmad Zahid yang tiba kira-kira jam 10 pagi itu turut melelong beras sekampit 10kg dengan hanya RM10 sahaja berbanding RM26 harga pasaran, daging segar 1kg RM10 berbanding harga pasaran sekitar RM33, ayam RM5 seekor berbanding harga jualan awalnya RM6 per kilogram, minuman coklat jenama Milo RM10 berbanding RM16 harga pasaran.

Pengunjung, Mohd Umzarul Faiz Umar, 40, yang datang bersama isteri Hamimah Hamid, 41, berkata mereka sangat teruja dengan jualan murah sebegini kerana dengan membawa RM50 sahaja dapat membeli pelbagai barangan keperluan asas.

Seorang lagi pengunjung, Rokiah Abdullah, 38, berkata, dia sanggup datang seawal jam 8 pagi menanti jualan murah itu dan telah membeli lima paket minuman coklat Milo dengan harga keseluruhan RM50. Bernama

“Bila TPM umum lelong Milo, saya tak tunggu lama dan terus beli kerana anak-anak saya sememangnya meminati Milo dan sentiasa ada stok di rumah, Tak pernah dapat Milo dengan harga semurah ini,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");