Perak Hari Ini

Rumah PR1MA Di Teluk Intan Dijangka Siap Pada Tahun 2020

IPOH: Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan Parlimen Teluk Intan bagi fasa pertama iaitu pembinaan 957 unit rumah teres dan teres dua tingkat dijadualkan siap pada tahun 2020.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, kawasan pembinaan di Batu 4 Changkat Jong, bersebelahan tapak kawasan kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah satu lokasi strategik dan baik kepada perkembangan projek perumahan PR1MA yang dianggarkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM232 juta.

“Saya mengalukan-alukan kehadiran PR1MA ke Teluk Intan dan diharapkan berjalan lancar serta memberi manfaat kepada penduduk Teluk Intan dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas mengadakan lawatan ke Ekspo Jualan Perumahan ‘Kearah Sejuta Impian’ Edisi Perak Perbadanan PR1MA Malaysia berlangsung selama lima hari di Ipoh Convention Centre di sini,hari ini.

Terdahulu, projek seluas 40.46 hektar itu melibatkan pembinaan Fasa 1 yang terdiri daripada 523 unit teres satu tingkat akan dijual dengan pada harga tidak melebihi daripada RM250,000.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Datuk Abdul Mutalib Alias berkata pameran mengenai projek perumahan PR1MA di Teluk Intan turut dipamerkan buat pertama kalinya di Ekspo Jualan Perumahan ‘Kearah Sejuta Impian’ Edisi Perak kali ini.

“PR1MA menganjurkan ekspo ini yang akan berlangsung di seluruh Malaysia dan Perak merupakan persinggahan pertama untuk kali ini,ia ekspo yang berbeza kerana pada kali ini kita mempamerkan pelbagai perumahan untuk pelbagai peringkat rakyat boleh datang melihat sendiri projek yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan memberi sasaran kepada kelompok D40 dan M40 ikut cita rasa masing-masing.

“Malah kita turut menyediakan satu sistem dimana mereka yang hadir membawa dokumen mereka boleh mendapatkan penilaian daripada pihak Bank bagi mengenalpasti kesesuaian pinjaman dan boleh ke mana-mana booth yang disediakan bagi tawaran rumah yang bersesuaian,” katanya.

Acara lima hari itu merupakan kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara (NHD) Syarikat Perumahan Negara Berhad; Projek Perumahan 1Malaysia untuk kakitangan awam (PPA1M) serta pelbagai agensi Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");