Berita Hari Ini

RUU Anti Berita Tidak Benar Dilulus Kabinet

KUALA LUMPUR – Kabinet meluluskan Rang Undang-undang (RUU) anti berita tidak benar dan akan dibentangkan Dewan Rakyat pada minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kabinet telah telah meluluskan RUU anti berita tidak benar yang telah dibentangkan.

“Sesi taklimat berkenaan Rang Undang-undang ini bersama Ahli Parlimen BN dan pembangkang juga akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azalina berkata, pembentukan RUU ini bertujuan untuk memperuntukkan beberapa kesalahan-kesalahan berhubungan dengan penyebaran berita tidak benar dan langkah-langkah bagi mengekang berita tidak benar.

“Rang Undang-undang ini digubal demi kepentingan masyarakat umum bagi melindungi rakyat daripada lambakan berita tidak benar serta menjadi mangsa kepada berita tidak benar.

“Bagaimanapun, Rang Undang-undang ini sama sekali tidak menyekat hak kebebasan bersuara rakyat sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya lapor Sinar Harian.

Justeru beliau berkata, kerajaan juga berharap semua pihak menerima baik Rang Undang-undang ini serta tidak mempolemikkan isu ini lagi.

“Pada masa yang sama ia juga akan memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan apa-apa perkara yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");