Sukan Hari Ini

Sanchez Jangka Sesuatu Yang Lebih Susulan Perhijrahan Ke Manchester United

ALEXIS SANCHEZ percaya langkah mengejutnya dari Arsenal ke Manchester United menyumbang kepada permulaan lembabnya di Old Trafford.

Sanchez menyumbat satu gol sejak beralih dari Arsenal semasa jendela perpindahan Januari lalu sementara Henrikh Mkhitaryan menuju ke arah bertentangan.

Memetik laporan Stadium Astro, Jose Mourinho mengakui ia bukan masa yang sesuai untuk menandatangani Sanchez, yang dikaitkan dengan Manchester City dan dijangka menjadi ejen bebas pada akhir musim ini.

Sanchez, pemain gantian yang tidak digunakan dalam kemenangan suku akhir Piala FA menentang Brighton & Hove Albion; mengakui dia gagal menjelmakan penampilan meyakinkan sejak menyertai Red Devils.

“Memandangkan saya meletakkan harapan tinggi terhadap diri sendiri, saya menjangka sesuatu yang lebih baik,” kata Sanchez semasa tugas antarabangsa dengan Chile.

“Selepas ketibaan saya di United, sukar untuk mengubah segala-galanya dengan segera. Malah, saya juga teragak-agak untuk datang ke sini (ke Sweden bersama Chile).”

Sanchez berkata, dia sempat berbincang dengan ketua pasukan Chile merangkap penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo, mengenai prospek tidak menyertai perlawanan persahabatan menentang Sweden dan Denmark.

“Saya meminta izin untuk diketepikan dan kekal di England, tetapi kemudian saya fikir lebih baik berbincang dengan Claudio (Bravo) dan memberitahunya bahawa kami semua harus bersatu,” tambah Sanchez.

“Perubahan kelab adalah sesuatu yang sangat mendadak. Ini adalah kali pertama saya menukar kelab pada Januari, tetapi banyak perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan saya adalah melalui jalan sukar.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");