Perak Hari Ini

‘Saya Ada Cara Untuk Bincang Dengan PM’-KJ

TAPAH:Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap lebih ramai generasi muda sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai harapan itu dan mengakui mempunyai cara tersendiri bagi berbincang dengan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairy dengan ringkas hanya berkata ‘kita harapkan lebih ramai muka baru’.

“Kita harapkan tidak kurang daripada pada pilihan raya dahulu  dan lebih ramai..(Azwan bro) Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed (Shahril) harap dapat jadi calon itu antara contoh.

“Saya faham semua sedang desak Perdana Menteri, wanita, penyandang, saya ada cara bincang dengannya tak perlu melalui media,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Kompleks Sukan Tapah yang bernilai RM11 juta di Jalan Tapah Road di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");