Isu Panas

‘Saya Dan MB Johor Akan Terus Bantu Pagoh’ – PM Najib

MUAR: Perdana Menteri meminta masyarakat Pagoh tidak bimbang kerana pemimpin Barisan Nasional (BN) di Pagoh boleh mewakili mereka di kawasan Parlimen berkenaan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, masih ada pemimpin BN lain yang boleh ditampilkan sekali gus memimpin Pagoh dan membawa pembangunan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kerajaan akan sukar menyalurkan peruntukan pembangunan di kawasan berkenaan jika wakil rakyat selain dari BN dipilih.

“Namun selagi ada BN, kita boleh teruskan perjuangan. Jangan bimbang, di bumi Pagoh ini ada yang (pemimpin) lain boleh tampil ke hadapan. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) boleh bantu malah saya juga boleh bantu.

“Pagoh akan tetap maju ke hadapan. Saya tahu, kalau tiada wakil BN, nak buat apapun tak boleh,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) Peringkat Kebangsaan di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Mohamed Khaled, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan, Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Kira-kira 20,000 ahli Pemuda dan Puteri UMNO hadir sebagai simbolik untuk menunjukkan kesiapsiagaan jentera sayap parti itu menyahut gendang perang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Sementara itu, Najib berkata, BN akan memastikan pembangunan di Pagoh diteruskan jika diberi mandat di kawasan parlimen berkenaan.

Katanya, pelaksanaan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) menjadi contoh pembangunan yang bakal membawa perubahan besar kepada Pagoh dengan limpahan ekonomi kepada masyarakat.

“HSR akan melalui kawasan ini (Pagoh). Maknanya Pagoh akan melalui perubahan yang amat besar pada masa hadapan.

Pada PRU-13, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 12,842 undi dengan mengalahkan calon PAS, Mohd Rozali Jamil.

Muhyiddin kini adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");