Perak Hari Ini

Saya Selalu Jadi Mangsa ‘Fake News’-Najib

IPOH:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengakui bahawa sering menjadi mangsa kepada penyebaran berita palsu.

Malah jelasnya,musim pilihan raya yang semakin hampir ini turut disifatkan sebagai ‘silly seasons’ apabila pelbagai cerita yang tidak masuk akal akan timbul dan dipercayai umum.

“Hak belah sana tak boleh pakai, banyak cita-cita Fake News, saya selalu jadi mangsa Fake News, tiga tahun dahulu, cerita benar ini, saya di Beijing buat lawatan rasmi Almarhum Sultan Perak mangkat jadi saya panggil deligasi saya duduk bincang bagaimana saya nak balik menziarahi almarhum kerana cukup rapat dengan saya dan keluarga saya.

“Perbincangan di bilik suite saya, semua ada termasuk isteri, ada duta, ada menteri keliling meja dan keluar dalam sosial media isteri saya hadir mesyuarat cabinet. Cuba fikir mesyuarat kabinet isteri saya hadir, tak masuk akal.

“Semua boleh tahu memang tak berlaku tetapi dia boleh masukkan cerita itu kemudian kita betulkan.. cerita tak masuk yang kita fikir orang tak akan percaya rupanya orang boleh percaya.

“Lebih lagi waktu ini ‘silly seasons’ dekat pilihan raya macam-macam cerita orang boleh fikir masa ini tak boleh fikir,” katanya.

Katanya, kerajaan turut menjadi mangsa pelbagai berita palsu termasuk dakwaan membawa masuk pengundi Bangla pada pilihan raya lalu.

“Bila dimasukkan dalam sosial media, ada 400 pengundi hantu di kalangan mat bangla dibawa masuk, sampai di tempat mengundi orang yang agak gelap sikit diserang,orang tak fikir sejenak nak bawa begitu tempat saluran itu ada calon tak boleh tipu sampai timbul perasaan benci pada kerjaan kerana kerajaan akan gunakan apa sahaja jalan nak menang.

“Sebagai Perdana Menteri saya memegang kepada institusi perlembagaan negara kita, perlembagaan kata kita negeri demokrasi berparlimen dan tetap pertahankan Malaysia sebagai demokrasi.

“Ada pembangkang kata saya lebih zalim daripada dahulu, bila saya lebih zalim siapa tangkap orang masuk ops lalang Najib ke? ke orang satu lagi yang berumur 93 tahun? ada kalangan ini telah diISAkan ..logik akal tiada negara dalam dunia memilih orang berumur 93 tahun sebagai ketua kerajaan, Malaysia nak jadi yang pertama? mesti kita tak mahu kita mahu masa depan Malaysia,bukan dalam tangan 93 tahun tetapi masa depan adalah pada kerajaan kita ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Penjawat Awam di hadapan lebih 5,000 penjawat awam seluruh negeri Perak di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau turut mengakui dan tidak menafikan kerajaan juga mempunyai kelemahan dan perlu memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

“Kita akan pelajari dari segi kesilapan kita akan lakukan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");