Perak Hari Ini

Sedia Tanding Atas Tiket DAP, PAS Perak Sifatkan Tun M Ada ‘Signal Politik’ Tertentu

IPOH:  Langkah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan bersedia bertanding menggunakan lambang DAP pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) dilihat sebagai mempunyai ‘signal politik’ tertentu, kata PAS Perak.

Pesuruhjaya PAS, Razman Zakaria berkata tindakan Dr Mahathir itu harus dinilai sendiri oleh masyarakat dan pengundi khususnya dikalangan Melayu.

“Tun M (Dr Mahathir) yang selama ini memperjuangkan melayu namum, walaupun kita tahu dalam Pakatan Harapan masih ada dua parti yang dikatakan  ada teras melayu namun, dia tetap (bersedia) memilih DAP,“ katanya dalam satu sidang media di Bangunan Badan Perhubungan PAS Negeri, di sini, pada Rabu.

Beliau diminta mengulas tentang kemungkinan calon-calon daripada PPBM sanggup bertanding atas tiket mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dalam PRU14 sekiranya PPBM terpaksa dibubarkan.

Dr Mahathir menyatakan dirinya terbuka untuk bertanding menggunakan mana-mana lambang parti PH termasuk dengan nada berseloroh menyatakan ingin menjadi presiden DAP.

Dalam perkembangan sama, dalam usaha PAS Perak yang bersama-sama dengan Gagasan Sejahtera bagi menghadapi kesemua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 24 kerusi Parlimen di Perak dalam PRU14 nanti,  Razman berkata PAS kini sudah memutuskan akan memperkenalkan empat orang calon bukan Melayu.

Tanpa menyebut secara jelas nama dan kawasan yang akan ditandingi, keempat-empat mereka ini merupakan ahli dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ujarnya PAS masih menunggu nama dari komponen parti Gagasan Sejahtera yang lain untuk mengisi kekosongan yang ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");