Membawang Hari Ini

Serik Dikecam, Michael Ang Henti Aktiviti IG Story

KUALA LUMPUR: Belajar daripada kesilapan dan enggan lagi terjerat dalam isu kontroversi, pengarah Michael Ang nekad berhenti daripada aktiviti rakaman lintas langsung di laman sosial, Instagram atau IG Story.

Michael berkata, keputusan itu dibuat bagi meredakan keadaan, selain risau mengulangi kesilapan sama yang menyebabkan dirinya berterusan menjadi mangsa kecaman netizen.

“Saya terpaksa menghentikan seketika aktiviti IG Story, walaupun ramai peminat yang menyukainya.

“Bukan apa, saya takut tersalah cakap dan tidak mahu lagi ia menjadi isu. Membaca komen netizen yang keterlaluan, membuatkan saya takut.

“Mereka suka menghukum tanpa terlebih dulu memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan,” katanya menerusi laporan BH Online.

Michael terheret dalam perdebatan netizen apabila berkongsi pendapat mengenai isu pelancaran koleksi tudung terbaru, Naelofar Hijab di sebuah pusat hiburan di ibu kota yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Ekoran kenyataannya yang dianggap mempersenda Islam apabila menyatakan lokasi pelancaran itu boleh digunakan sebagai tempat penganjuran pelbagai acara termasuk majlis tahlil, Michael diselar netizen kerana tidak sensitif.

Michael berkata, walaupun kebanyakan peminat faham dengan cara percakapannya yang agak kasar, dia sedar segelintir pihak kurang senang dengan perlakuannya itu.

“Isu ini banyak membuka mata saya. Peminat walaupun tidak suka perlakuan kita, mereka akan menegur dengan baik.

“Ia berbeza dengan mereka yang membenci apabila terus menghina dan menghukum sehingga saya terpaksa memadam komen yang keterlaluan. Bukan terasa hati, cuma saya tidak mahu orang lain terpengaruh dengan perlakuan negatif mereka itu,'” katanya.

Dalam perkembangan lain, selepas penggambaran drama bersiri Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Michael akan memulakan projek penggambaran drama terbaru, Love Is You yang dibintangi Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Fikry Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");