Perak Hari Ini

SSI Agensi Ke-18 Tanda Tangan IBR 2018

IPOH: Perbadanan Setiausaha Kerjaan Negeri Perak (SSI) menjadi agensi yang ke-18 di negeri ini yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk tahun 2018.

Timbalan Pengarah Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Ahmad Shukri Mohamad Taib berkata sebanyak 130 jabatan dan agensi yang terdiri daripada sektor kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), swasta, badan-badan politik telah sempurna menandatangani IBR tahun lalu.

Ujarnya, pada April kemungkinan terdapat empat agensi lain yang juga akan turut serta melibatkan diri terhadap inisiatif SPRM ini.

Mengulas lanjut tentang keadaan jenayah rasuah di Perak, beliau berkata ianya masih terkawal dan ada kalanya hanya melibatkan nilai yang kecil serta segelintir pihak golongan pelaksana.

Jelasnya, usaha berterusan kerjaan negeri seperti menerusi program-program pemukiman Menteri Besar telah berjaya menutup ruang dan peluang kepada jenayah rasuah ini dari terus berleluasa.

“Kita SPRM antara pihak yang kerap melakukan aktiviti pencegahan. Boleh dikatakan hampir setiap hari program kita lakukan.

“Seperti PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dan SADC (Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri) juga  sering bekerjasama dengan kita dalam melaksanakan program pembudayaan intergiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis Menandatangani Dan Lafaz IBR 2018 di Menara SSI, dekat sini, pada Rabu.

Ketika berucap merasmikan masjlis dihadapan 15 kakitangan SSI, Ahmad Shukri berkata persepsi umum terhadap jenayah rasuah ini harus dijaga supaya  tidak berterusan yang mana akhirnya ia akan memberi implikasi buruk kepada ekonomi negara.

Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Azizul Rahman Mohammad yang ditemui berkata inisiatif ini amat penting kerana ianya dapat memberi gambaran kepada umum bahawa kakitangan dan pegawainya menolak jenayah rasuah.

“SSI ialah salah satu agensi pelaksana yang mana kita juga terlibat dengan projek-projek kerajaan negeri seperti permohonan (pembinaan) kuaters.

“Apabila proses ini berlaku, ianya akan melibatkan tender yang mana akan dikeluarkan di akhbar. Maka ia akan menarik menarik minat banyak pihak untuk melobi. Dan ini akan membuatkan ia mudah terdedah kepada jenayah rasuah.

“Kita mahu ianya dibuat secara telus dan teratur  yang mana semua proses ini akan dibuat dan diputuskan oleh suatu jawatankuasa dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");